Wanita
Pantyliner Kain SweetnCozy
Apa bezanya Pantyliner Kain ni. Lagi senang pakai yang disposable. Pakai buang jer terus.
Eh ada banyak beza tau Pantyliner Kain dengan yang disposable.
Baru tengok jer dah tau beza belum pakai lagi.
Pantyliner Kain SweetnCozy lebih panjang daripada yang pakai buang. Iaitu panjang 20cm dan yang pakai buang hanya 15cm.
Jadi saiz yang lebih panjang ni boleh cover lebih lagi
Lebar Pantyliner kain juga lebih lebar 8.5cm berbanding dengan disposable hanya 5cm.
Jadi Pantyliner kain SweetnCozy bukan saja sesuai untuk kegunaan harian tapi boleh di guna pakai semasa lightdays. Jadi lebih untung macam pad 2in1
Dan bahagian serapannya yang menggunakan Bamboo Fleece dapat menyerap lebih berbanding cotton biasa.
Jangan lupa Bamboo fabrik juga ialah fabrik yang anti bakteria.

Bila dah lihat dan pakai baru tau betapa bestnya Pantyliner kain SweetnCozy ni, sebab lembut sangat. Sesuai siapa yang ada kulit sensitif. Material pad disposable yang yang agak kasar dan terasa seperti kertas / plastik boleh menyebabkan kulit melecet, ruam dan kegatalan bagi mereka yang ada kulit sensitif.

Errk Putih? Hmmmm boring nya
Mesti lah warna Pink lagi ceriakan. Warna kelabu natural je. Warna biru rasa kool
Ini baru 3 warna, ada banyak warna lagi.
Warna ni penting bagi wanita tau. Baru la Mood pun ceria betul tak ?
Dan perbezaan yang No 1 ialah Pantyliner Kain boleh di basuh dan pakai semula berulang-ulang kali. Berapa kali tu? Boleh di pakai sehingga 5 tahun!
Seronok tak?
Kalau seronok jom kita bertukar pada yang lebih selesa, menjimatkan dan lebih CERIA!
Kalau dah takde ruam & melecet mesti lah ceria kan 😉
Bayi pun perlukan urut badan

Antara kebaikan mengurut bayi ialah :
1. Dapat mengeratkan ikatan antara bayi dan ibu bapa
2. Mengurangkan stress dan melegakan otot serta dapat merangsang pertumbuhan bayi
3. Merangsang pertumbuhan saraf bayi dengan meningkatkan kemahiran motor bayi
4. Membantu bayi tidur dengan lebih lena. Tidur yang lena dapat meningkatkan sistem imun bayi
5. Bayi Pra-matang menunjukkan perkembangan motor dan dapat menambah berat badan dengan cepat selepas di urut dengan konsisten.
6. Dengan mengurut dapat meningkatkan peredaran darah dan dapat membantu mengatasi ketidakselesaan yang disebabkan oleh gas , kesesakan, dan gigi.
Masa yang terbaik untuk mengurut bayi ialah semasa bayi tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.
Bukan mommies je yang kena berurut ya. Bayi juga nak urut tau ![]()
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#PeriodPanty
#TipsQoutes
Kenali period anda
Setiap wanita mengalami period yang berbeza-beza. Ada yang heavy flow tapi dalam waktu yang pendek saja. Ada juga yang light flow tapi berpanjangan.
Kebiasaan period ialah dalam 5-7 hari tapi maksimum adalah dalam 14 hari.
Macam mana nak tau yang kitaran period kita adalah normal?
Cuba anda tanyakan pada diri anda :
Berapa banyak pad yang biasa anda gunakan setiap hari?
Apabila anda menukar pad anda, adakah darah basah atau hanya stain?
Berapa hari tempoh period anda?
Adakah period anda tetap setiap bulan?
Bagaimana flow- adakah ia terlalu heavy atau normal?
Fahami warna darah period anda sangat membantu dalam menentukan kesihatan hormon anda. Kebiasanya ada 3 warna darah yang boleh kita lihat
Sumber : http://www.stylecraze.com
- Darah cerah dan tepu merah, seperti jus cranberry, ia menunjukkan bahawa anda mempunyai period yang normal.
- Jika darah seperti jem strawberi, ia menunjukkan paras estrogen yang rendah.
Ini juga boleh menyebabkan kekeringan faraj, kelesuan, libido yang rendah, dan keguguran rambut. - Darah seperti blueberries beku , ia menunjukkan bahawa tahap estrogen anda tinggi. Kebiasaanya mengalami period yang sangat “heavy flow”.
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh http://sweetncozy.wasap.my
Maternity pad is highly absorbent
Kenapa jemur di bawah matahari lebih baik
Sekarang dah ada banyak dobi layan diri dan kita boleh basuh dan keringkan baju terus. Kerja jadi senang dan cepat tak perlu tunggu kain di jemuran lagi. Tak ada la terlari2 kejar kain bila “hari dah hujan angkat jemuran” kan.
Tapi ada baik dan buruknya gunakan “dryer” antaranya baju lebih cepat buruk dan ada yang mengecut.
Photo : http://onedaycart.com
5 kelebihan menjemur baju di bawah matahari.
1. Lebih ekonomi.
Cahaya matahari adalah percuma takde kos yang di perlukan
2. Berbau “Fresh”
Matahari adalah sanitizer semula jadi. Baju lebih berbau harum dan segar
3. Ejen Peluntur semulajadi
Kesan degil akan hilang dan meluntur selepas di jemur di bawah matahari. Jika kesan degil agak teruk perlu jemur beberapa hari untuk hilang sepenuhnya
4. Membunuh bakteria
Cahaya matahari juga dapat membunuh bakteria
5. Baju lebih tahan lama
Jangka hayat baju lebih panjang kalau di bandingkan dengan menggunakan dryer.
Psst , kalau kejar baju di jemuran pun dapat bersenam juga kan.
Pad Kain Orang dulu-dulu

Ya betul. Orang dulu-dulu pakai pad kain. Kain batik 4 segi di lipat-lipat menjadi tebal dan di gunakan sebagai pad.
Bukan orang dulu-dulu aja tau, sebenarnya ada lagi yang masih kekalkan guna kain batik atau tuala good morning ni.
Kenapa mereka masih guna kain sebagai pad? sebab SELESA. Tapi pad kain tradisional ni tak berapa sesuai untuk yang bekerja sebab dari segi bentuknya dan tak ada anti bocor.
Bukan lah tak boleh di pakai, tapi susah sikit kalau nak tukar pad waktu bekerja kan.
Pad Kain SweetnCozy dah di moden kan untuk mudah di pakai. Lapisan fabrik nya juga menggunakan kain yang boleh menyerap lebih banyak dan cepat supaya anda kekal selesa dan ada lapisan anti bocor juga. Bentuk dan serapan lebih kurang sama jer macam pad pakai buang. Jadi tak perlu la anda selalu ke toilet nak cek dah penuh ke blom.
Apa yang best sangat dengan Pad Kain ni?
Paling best beli sekali pakai banyak banyak banyak kali, kan untung tu.
Nak basuh pun tak susah, bilas sampai bersih lepas tu campak je dalam mesin basuh.
Kalau yang tinggal kat apartment boleh jemur bawah kipas. Tapi kalau jemur bawah matahari lagi bagus. Sebab cahaya matahari tu dapat membunuh bakteria dan juga sebagai peluntur kalau ada “stain”.

Ada ramai pengguna Pad kain SweetnCozy yang berpuas hati. Antara feedback yang paling banyak kita terima ialah SELESA takde lagi RUAM, GATAL-GATAL. Ada juga yang sebelum ni period tak teratur, Alhamdulillah selepas bertukar period lebih lancar.













