TIDAK SUBUR

Foto : http://www.babyinfo.com.au

Mengikut kajian 1 daripada 10 pasangan di dunia mengalami “Tidak Subur” atau infertility.
Dan 4 daripada 10 pasangan yang tidak subur ialah disebabkan oleh lelaki.

Purata pasangan di UK akan hamil dalam masa setahun. dan berikut adalah pecahan peratusan yang berjaya hamil :

20% akan hamil dalam tempoh sebulan
70% akan hamil dalam masa enam bulan
85% akan hamil dalam masa 12 bulan
90% akan hamil dalam masa 18 bulan
95% akan mengandung dalam tempoh 24 bulan.

Jika umur anda kurang daripada 35 tahun dan mencuba untuk hamil selama lebih daripada setahun baru di anggap tidak subur.

Dan jika berumur lebih daripada 35 tahun ,  di anggap tidak subur bila tidakberjaya untuk hamil dalam masa 6 bulan.

Umur memainkan peranan di dalam kesuburan. Lelaki yangberumur lebih 30 tahun akan kurang menghasilkan  sperma sebanyak 35%.
Wanita juga akan mula kurang subur apabila berumur 32 tahun.

Selain daripada umur ada beberapa faktor yang menjadi sebab kurang subur seperti  :

  1. Masalah kesihatan
  2. Merokok
  3. Obes atau berlebihan berat badan
  4. Terlalu kurus
  5. Mengamalkan makan makanan yang tidak sihat
  6. Terlebih bersenam atau kurang bersenam
  7. Stress

Sila dapatkan nasihat doktor sakit Puan jika anda masih berusaha untuk hamil selepas setahun.

Sumber : www.fertility.com

 

http://sweetncozy.wasap.my

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

SELALU KENA SENGGUGUT SETIAP BULAN

Ada kajian yang mengatakan hampir 70% wanita di dunia mengalami senggugut.
 
Teh Chamomile dapat membantu mengurangkan kekejangan otot, ia juga dapat membantu dengan masalah senggugut.
 
Teh Chamomile meningkatkan pengeluaran glisin dalam tubuh kita, asid amino yang membantu otot kita berehat.
 
Selain tu teh chamomile juga sedatif yang lembut, jadi selain membantu anda tidur dengan lebih baik, ia juga dapat membantu melegakan stress.
 
Minum secawan teh chamomile, dan anda akan merasakan kesannya dalam masa 30 minit
 
Minum apa pagi ni?
Kalau stress di pejabat tu cuba minum teh chamomile ya 🙂
 
Moga hari ini lebih ceria. AMIN
 
http://sweetncozy.wasap.my
 
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Pantyliner Kain SweetnCozy

Apa bezanya Pantyliner Kain ni. Lagi senang pakai yang disposable. Pakai buang jer terus.

Eh ada banyak beza tau Pantyliner Kain dengan yang disposable.
Baru tengok jer dah tau beza belum pakai lagi.

Pantyliner Kain SweetnCozy lebih panjang daripada yang pakai buang. Iaitu panjang 20cm dan yang pakai buang hanya 15cm.

Jadi saiz yang lebih panjang ni boleh cover lebih lagi

Lebar Pantyliner kain juga lebih lebar 8.5cm berbanding dengan disposable hanya 5cm.

Jadi Pantyliner kain SweetnCozy bukan saja sesuai untuk kegunaan harian tapi boleh di guna pakai semasa lightdays. Jadi lebih untung macam pad 2in1

Dan bahagian serapannya yang menggunakan Bamboo Fleece dapat menyerap lebih berbanding cotton biasa.

Jangan lupa Bamboo fabrik juga ialah fabrik yang anti bakteria.


Bila dah lihat dan pakai baru tau betapa bestnya Pantyliner kain SweetnCozy ni, sebab lembut sangat. Sesuai siapa yang ada kulit sensitif. Material pad disposable yang yang agak kasar dan terasa seperti kertas / plastik boleh  menyebabkan kulit melecet, ruam dan kegatalan bagi mereka yang ada kulit sensitif.

Errk Putih? Hmmmm boring nya
Mesti lah warna Pink lagi ceriakan. Warna kelabu natural je. Warna biru rasa kool
Ini baru 3 warna, ada banyak warna lagi.
Warna ni penting bagi wanita tau. Baru la Mood pun ceria betul tak ?

Dan perbezaan yang  No 1 ialah Pantyliner Kain boleh di basuh dan pakai semula berulang-ulang kali. Berapa kali tu? Boleh di pakai sehingga 5 tahun!

Seronok tak?

Kalau seronok jom kita bertukar pada yang lebih selesa, menjimatkan dan lebih CERIA!
Kalau dah takde ruam & melecet mesti lah ceria kan 😉

Bayi pun perlukan urut badan


Antara kebaikan mengurut bayi ialah :

1. Dapat mengeratkan ikatan antara bayi dan ibu bapa
2. Mengurangkan stress dan melegakan otot serta dapat merangsang pertumbuhan bayi
3. Merangsang pertumbuhan saraf bayi dengan meningkatkan kemahiran motor bayi
4. Membantu bayi tidur dengan lebih lena. Tidur yang lena dapat meningkatkan sistem imun bayi
5. Bayi Pra-matang menunjukkan perkembangan motor dan dapat menambah berat badan dengan cepat selepas di urut dengan konsisten.
6. Dengan mengurut dapat meningkatkan peredaran darah dan dapat membantu mengatasi ketidakselesaan yang disebabkan oleh gas , kesesakan, dan gigi.

Masa yang terbaik untuk mengurut bayi ialah semasa bayi tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.

Bukan mommies je yang kena berurut ya. Bayi juga nak urut tau

#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#PeriodPanty
#TipsQoutes

http://sweetncozy.wasap.my

 

 

Kenali period anda

Setiap wanita mengalami period yang berbeza-beza. Ada yang heavy flow tapi dalam waktu yang pendek saja. Ada juga yang light flow tapi berpanjangan.

Kebiasaan period ialah dalam 5-7 hari tapi maksimum adalah dalam 14 hari.

Macam mana nak tau yang kitaran period kita adalah normal?

Cuba anda tanyakan pada diri anda :

Berapa banyak pad  yang biasa anda gunakan setiap hari?
Apabila anda menukar pad anda, adakah darah basah atau hanya stain?
Berapa hari tempoh period anda?
Adakah period anda tetap setiap bulan?
Bagaimana flow- adakah ia terlalu heavy atau normal?

Fahami warna darah period anda sangat membantu dalam menentukan kesihatan hormon anda. Kebiasanya ada 3 warna darah yang boleh kita  lihat

Sumber : http://www.stylecraze.com
  1. Darah cerah dan tepu merah, seperti jus cranberry, ia menunjukkan bahawa anda mempunyai period yang normal.
  2. Jika darah seperti jem strawberi, ia menunjukkan paras estrogen yang rendah.
    Ini juga boleh menyebabkan kekeringan faraj, kelesuan, libido yang rendah, dan keguguran rambut.
  3. Darah seperti blueberries beku , ia menunjukkan bahawa tahap estrogen anda tinggi. Kebiasaanya mengalami period yang sangat “heavy flow”.

    #SweetnCozy
    #PadKain
    #PadKainModen
    #PadKainWanita
    #TualaWanitaKain
    #TualaWanitaKainBolehBasuh

    http://sweetncozy.wasap.my

Maternity pad is highly absorbent

 

“Yes I have used it during my postnatal confinement and it is such a great product!
The maternity pad is highly absorbent. I did not experience massive leaks other than little stains from when I am lying down to rest.
 
I appreciate its soft material gentle on the soreness of afterbirth and snap buttons fit nicely on underwear. Fabric is so easy to wash and stains come off conveniently.
 
I am happy I can reuse the pads for every month from now. It is a wholesome, good change from disposables.
 
The cute whimsy prints are a bonus :)”
 
– Ms Nabeelah, Singapore.
Cloth Pad – Maternity Pad
 
#SweetnCozy
#ClothPad
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
 
 

Kenapa jemur di bawah matahari lebih baik

Sekarang dah ada banyak dobi layan diri dan kita boleh basuh dan keringkan baju terus. Kerja jadi senang dan cepat tak perlu tunggu kain di jemuran lagi. Tak ada la terlari2 kejar kain bila “hari dah hujan angkat jemuran” kan.

Tapi ada baik dan buruknya gunakan “dryer” antaranya baju lebih cepat buruk dan ada yang mengecut.

Photo : http://onedaycart.com

 

5 kelebihan menjemur baju di bawah matahari.

1. Lebih ekonomi.
Cahaya matahari adalah percuma takde kos yang di perlukan

2. Berbau “Fresh”
Matahari adalah sanitizer semula jadi. Baju lebih berbau harum dan segar

3. Ejen Peluntur semulajadi
Kesan degil akan hilang dan meluntur selepas di jemur di bawah matahari. Jika kesan degil agak teruk perlu jemur beberapa hari untuk hilang sepenuhnya

4. Membunuh bakteria
Cahaya matahari juga dapat membunuh bakteria

5. Baju lebih tahan lama
Jangka hayat baju lebih panjang kalau di bandingkan dengan menggunakan dryer.

Psst , kalau kejar baju di jemuran pun dapat bersenam juga kan.

 

Pad Kain Orang dulu-dulu


Ya betul. Orang dulu-dulu pakai pad kain. Kain batik 4 segi di lipat-lipat menjadi tebal dan di gunakan sebagai pad.
Bukan orang dulu-dulu aja tau, sebenarnya ada lagi yang masih kekalkan guna kain batik atau tuala good morning ni.

Kenapa mereka masih guna kain sebagai pad? sebab SELESA. Tapi pad kain tradisional ni tak berapa sesuai untuk yang bekerja sebab dari segi bentuknya dan tak ada anti bocor.
Bukan lah tak boleh di pakai, tapi susah sikit kalau nak tukar pad waktu bekerja kan.

Pad Kain SweetnCozy dah di moden kan untuk mudah di pakai. Lapisan fabrik nya juga menggunakan kain yang boleh menyerap lebih banyak dan cepat supaya anda kekal selesa dan ada lapisan anti bocor juga. Bentuk dan serapan lebih kurang sama jer macam pad pakai buang. Jadi tak perlu la anda selalu ke toilet nak cek dah penuh ke blom.

Apa yang best sangat dengan Pad Kain ni?
Paling best beli sekali pakai banyak banyak banyak kali, kan untung tu.
Nak basuh pun tak susah, bilas sampai bersih lepas tu campak je dalam mesin basuh.
Kalau yang tinggal kat apartment boleh jemur bawah kipas. Tapi kalau jemur bawah matahari lagi bagus. Sebab cahaya matahari tu dapat membunuh bakteria dan juga sebagai peluntur kalau ada “stain”.


Ada ramai pengguna Pad kain SweetnCozy yang berpuas hati. Antara feedback yang paling banyak kita terima ialah SELESA takde lagi RUAM, GATAL-GATAL. Ada juga yang sebelum ni period tak teratur, Alhamdulillah selepas bertukar period lebih lancar.

 

 

Minum air ke minum GULA?

Minum apa pagi ni ?
Kita selalu minum apa yang sedap tapi tak tau sebenarnya air yang kita minum tu terlalu banyak gula.
 
Saya tak minum kopi. Saya minum “jus” saja.
Tau tak? Kebanyakkan jus di dalam kotak di pasaran hanya mengandungi 10% jus saja!
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain