Maternity pad is highly absorbent
Sekarang dah ada banyak dobi layan diri dan kita boleh basuh dan keringkan baju terus. Kerja jadi senang dan cepat tak perlu tunggu kain di jemuran lagi. Tak ada la terlari2 kejar kain bila “hari dah hujan angkat jemuran” kan.
Tapi ada baik dan buruknya gunakan “dryer” antaranya baju lebih cepat buruk dan ada yang mengecut.
Photo : http://onedaycart.com
5 kelebihan menjemur baju di bawah matahari.
1. Lebih ekonomi.
Cahaya matahari adalah percuma takde kos yang di perlukan
2. Berbau “Fresh”
Matahari adalah sanitizer semula jadi. Baju lebih berbau harum dan segar
3. Ejen Peluntur semulajadi
Kesan degil akan hilang dan meluntur selepas di jemur di bawah matahari. Jika kesan degil agak teruk perlu jemur beberapa hari untuk hilang sepenuhnya
4. Membunuh bakteria
Cahaya matahari juga dapat membunuh bakteria
5. Baju lebih tahan lama
Jangka hayat baju lebih panjang kalau di bandingkan dengan menggunakan dryer.
Psst , kalau kejar baju di jemuran pun dapat bersenam juga kan.

Ya betul. Orang dulu-dulu pakai pad kain. Kain batik 4 segi di lipat-lipat menjadi tebal dan di gunakan sebagai pad.
Bukan orang dulu-dulu aja tau, sebenarnya ada lagi yang masih kekalkan guna kain batik atau tuala good morning ni.
Kenapa mereka masih guna kain sebagai pad? sebab SELESA. Tapi pad kain tradisional ni tak berapa sesuai untuk yang bekerja sebab dari segi bentuknya dan tak ada anti bocor.
Bukan lah tak boleh di pakai, tapi susah sikit kalau nak tukar pad waktu bekerja kan.
Pad Kain SweetnCozy dah di moden kan untuk mudah di pakai. Lapisan fabrik nya juga menggunakan kain yang boleh menyerap lebih banyak dan cepat supaya anda kekal selesa dan ada lapisan anti bocor juga. Bentuk dan serapan lebih kurang sama jer macam pad pakai buang. Jadi tak perlu la anda selalu ke toilet nak cek dah penuh ke blom.
Apa yang best sangat dengan Pad Kain ni?
Paling best beli sekali pakai banyak banyak banyak kali, kan untung tu.
Nak basuh pun tak susah, bilas sampai bersih lepas tu campak je dalam mesin basuh.
Kalau yang tinggal kat apartment boleh jemur bawah kipas. Tapi kalau jemur bawah matahari lagi bagus. Sebab cahaya matahari tu dapat membunuh bakteria dan juga sebagai peluntur kalau ada “stain”.

Ada ramai pengguna Pad kain SweetnCozy yang berpuas hati. Antara feedback yang paling banyak kita terima ialah SELESA takde lagi RUAM, GATAL-GATAL. Ada juga yang sebelum ni period tak teratur, Alhamdulillah selepas bertukar period lebih lancar.
Photo : http://f.hatena.ne.jp/
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
Kita selalu dengar tentang keputihan. Keputihan ini terbahagi kepada 2 jenis. Keputihan yang normal (Fisiologis) dan Keputihan tidak normal (Patologis)
Keputihan yang normal biasanya terjadi semasa waktu subur setiap bulan. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Keputihan befungsi untuk melembapkan vagina, membersih dan mengelakan daripada jangkitan kuman.
Manakala keputihan yang tidak normal pula disebabkan oleh jangkitan kuman, infeksi, virus, dan bakteria.
Tanda- tanda keputihan yang tidak normal ialah :
Dari sudut Islam pula terdapat beberapa jenis cecair yang di hasilkan wanita .
Qassah al-baidha’
Sebahagian ulama mengatakan ianya cecair putih yang keluar pada hari-hari akhir haid.
Kudrah
Sejenis cecair berwarna keruh atau mungkin kalau boleh dikatakan ianya berwarna koko. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Sufrah
Cecair yang berwarna kuning. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Kelembapan faraj (Rutubah al-faraj)
Jika diletak kain, akan kelihatan sedikit cecair yang melembapkan kawasan faraj. Kejadiannya ada hikmah yang tersendiri pada pandangan sains seperti mengekalkan sifat ekosistem faraj yang neutral. Ia tidak berbau.
Wadi
Lendir putih yang keluar setelah kencing atau keletihan yang amat sangat akibat bekerja dan sebagainya.
Mazi
Lendir seperti air yang sangat jernih seperti air biasa tetapi ia likat sedikit yang keluar dari faraj wanita apabila teransang syahwatnya
Mani
Lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina.
Adakah keputihan itu najis di dalam Islam?
Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya najis.
Ia berdasarkan pendapat para ulama: “Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”.
Hukum keputihan itu menjadi najis apabila ia keluar daripada faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis.
Keputihan/lembapan keluar secara berlebihan dan berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau atau berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43).
Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu mengambil wuduk semula.
Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang sentiasa keluar, jadi hukumnya juga berbeza dengan wanita yang keputihan normal.
Hukumnya sama sahaja dengan orang yang tidak lawas kencing dan juga mudah terkeluar angin. Jika keadaannya begini, sebaik sahaja azan, wanita yang keputihan mestilah membersihkan farajnya, berwuduk, pakai pelapik atau seperti tisu, kain atau panty liner kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah). Jika keputihan terkeluar sewaktu solat, tak mengapa kerana ia di anggap luar daripada kawalan.
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh
Kebiasaannya masalah horman tidak seimbang di atasi dengan pengambilan pil hormon. Tetapi sekarang ramai yang memilih untuk cara yang lebih alami iaitu Essential Oil .