Maternity pad is highly absorbent

 

“Yes I have used it during my postnatal confinement and it is such a great product!
The maternity pad is highly absorbent. I did not experience massive leaks other than little stains from when I am lying down to rest.
 
I appreciate its soft material gentle on the soreness of afterbirth and snap buttons fit nicely on underwear. Fabric is so easy to wash and stains come off conveniently.
 
I am happy I can reuse the pads for every month from now. It is a wholesome, good change from disposables.
 
The cute whimsy prints are a bonus :)”
 
– Ms Nabeelah, Singapore.
Cloth Pad – Maternity Pad
 
#SweetnCozy
#ClothPad
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
 
 

Pad Kain Orang dulu-dulu


Ya betul. Orang dulu-dulu pakai pad kain. Kain batik 4 segi di lipat-lipat menjadi tebal dan di gunakan sebagai pad.
Bukan orang dulu-dulu aja tau, sebenarnya ada lagi yang masih kekalkan guna kain batik atau tuala good morning ni.

Kenapa mereka masih guna kain sebagai pad? sebab SELESA. Tapi pad kain tradisional ni tak berapa sesuai untuk yang bekerja sebab dari segi bentuknya dan tak ada anti bocor.
Bukan lah tak boleh di pakai, tapi susah sikit kalau nak tukar pad waktu bekerja kan.

Pad Kain SweetnCozy dah di moden kan untuk mudah di pakai. Lapisan fabrik nya juga menggunakan kain yang boleh menyerap lebih banyak dan cepat supaya anda kekal selesa dan ada lapisan anti bocor juga. Bentuk dan serapan lebih kurang sama jer macam pad pakai buang. Jadi tak perlu la anda selalu ke toilet nak cek dah penuh ke blom.

Apa yang best sangat dengan Pad Kain ni?
Paling best beli sekali pakai banyak banyak banyak kali, kan untung tu.
Nak basuh pun tak susah, bilas sampai bersih lepas tu campak je dalam mesin basuh.
Kalau yang tinggal kat apartment boleh jemur bawah kipas. Tapi kalau jemur bawah matahari lagi bagus. Sebab cahaya matahari tu dapat membunuh bakteria dan juga sebagai peluntur kalau ada “stain”.


Ada ramai pengguna Pad kain SweetnCozy yang berpuas hati. Antara feedback yang paling banyak kita terima ialah SELESA takde lagi RUAM, GATAL-GATAL. Ada juga yang sebelum ni period tak teratur, Alhamdulillah selepas bertukar period lebih lancar.

 

 

Pad Kain Maternity dengan saiz yang baharu!

Saiz nya yang lebih lebar di bahagian tengah dan hadapan serta bahagian “wing” yang lebih panjang.
 
 
Pad Kain Maternity SweetnCozy terdapat 3 lapisan serapan daripada fabrik Bamboo dan Zorb.
 
ZORB dapat menyerap 10x ganda dari saiznya dan menyerap dengan cepat sehingga 20x ganda berbanding bamboo & hemp.
 
Jadi anda kekal selesa walaupun semasa heavy flow.
 
Lapisan atasnya pula daripada fabrik Minky membuatkan anda tetap keringdah mudah untuk di cuci.
 
Pad kain ini bukan sahaja sesuai untuk selepas bersalin tetapi juga yang mempunyai “super heavy flow” atau memerlukan “extra protection”
 
 
Ada 6 sebab kenapa ramai yang dah bertukar kepada Pad Kain Wanita
 
Sebab yang utama ialah kerana pad kain sangat selesa. Kebanyakannya mereka sebelum ini bila memakai pad pakai buang akan kena ruam, melecet dan gatal. Ini akan sebabkan rasa tak selesa, moody, dan tak boleh fokus terutama masa di pejabat.
 
+ Pad Kain lebih lembut dan selesa macam pakai underwear saja.
+ Pad Kain lebih breathable & bantu kurangkan berbau, jangkitan kulat & keput!han
+ Pad Kain tak ada masalah bocor kerana ada lapisan anti bocor.
+ Pad Kain lebih jimat kerana boleh dipakai sampai 5 tahun
+ Pad Kain senang di basuh dan cepat kering.
+ Pad Kain lebih CANTIK sebab ada banyak pilihan warna & corak

Salam Ramadhan #04

Salam Ramadhan,

RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Pad Kain Selesa Sangat Plus Senang Nak Cuci


Saya dah cuba pad kain tu.
Selesa sangat. Sebelum ni pakai pad biasa mesti tak selesa & gatal-gatal walaupun selalu tukar pad.

Bila pakai pad kain ni takde dah masalah tu. Plus senang nak cuci.
Nnati saya tambah lagi ya.

– Ms Fiza, Shah Alam
Pengguna Pad kain SweetnCozy

 

Kan dah cakap, pad kain ni selain selesa, senang sangat nak cuci. jadi tak betulah orang kata Pad Kain ni untuk orang yang “Rajin” jer dan bukan untuk suri rumah jer.
Untuk yang bekerja pun boleh guna.

 


Cara menyimpan Pad Kain semasa bekerja atau di luar

1. Bilas sikit atau lembapkan sikit Pad Kain yang dah di pakai supaya darahtak menjadi kering dah susah hendak di basuh.
2. Lipatkan bahagian bawah dan atas pad ke bahagian tengah
3. Lipat bahagian wing ke bahagian tengah dan butangkan.
4. Simpan didalam “Wet Bag” / bag kalis air / bag plastik dan basuh seperti biasa di rumah.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

 

 

 

Hukum sah sembahyang bagi wanita yang keputihan

Kita selalu dengar tentang keputihan. Keputihan ini terbahagi kepada 2 jenis. Keputihan yang normal (Fisiologis) dan Keputihan tidak normal (Patologis)

Keputihan yang normal biasanya terjadi semasa waktu subur setiap bulan. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Keputihan befungsi untuk melembapkan vagina, membersih dan mengelakan daripada jangkitan kuman.

Manakala keputihan yang tidak normal pula disebabkan oleh jangkitan kuman, infeksi, virus, dan bakteria.

Tanda- tanda keputihan yang tidak normal ialah :

  1. berbau yang tak sedap
  2. berubah warna seperti warna kehijauan, kelabu
  3. berbeza dari segi rupa seperti berketul-ketul
  4. Vagina rasa gatal, panas dan kemerahan
  5. ada pendarahan atau spotting yang bukan darah haid

 

Dari sudut Islam pula terdapat beberapa jenis cecair yang di hasilkan wanita .

Qassah al-baidha’
Sebahagian ulama mengatakan ianya cecair putih yang keluar pada hari-hari akhir haid.

Kudrah
Sejenis cecair berwarna keruh atau mungkin kalau boleh dikatakan ianya berwarna koko. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.

Sufrah
Cecair yang berwarna kuning. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.

Kelembapan faraj (Rutubah al-faraj)
Jika diletak kain, akan kelihatan sedikit cecair yang melembapkan kawasan faraj. Kejadiannya ada hikmah yang tersendiri pada pandangan sains seperti mengekalkan sifat ekosistem faraj yang neutral. Ia tidak berbau.

Wadi
Lendir putih yang keluar setelah kencing atau keletihan yang amat sangat akibat bekerja dan sebagainya.

Mazi
Lendir seperti air yang sangat jernih seperti air biasa tetapi ia likat sedikit yang keluar dari faraj wanita apabila teransang syahwatnya

Mani
Lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina.

 

Adakah keputihan itu najis di dalam Islam?

Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya najis.

Ia berdasarkan pendapat para ulama: Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”.

Hukum keputihan itu menjadi najis apabila ia keluar daripada faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis.

Keputihan/lembapan keluar secara berlebihan dan berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau atau berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43).

Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu mengambil wuduk semula.

Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang sentiasa keluar, jadi hukumnya juga berbeza dengan wanita yang keputihan normal.

Hukumnya sama sahaja dengan orang yang tidak lawas kencing dan juga mudah terkeluar angin. Jika keadaannya begini, sebaik sahaja azan, wanita yang keputihan  mestilah membersihkan farajnya, berwuduk, pakai pelapik atau seperti tisu, kain atau panty liner  kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah). Jika keputihan terkeluar sewaktu solat, tak mengapa kerana ia di anggap  luar daripada kawalan.

 #SweetnCozy

#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

 Sumber info : http://ziziazlinda.blogspot.my
Gambar : http://www.mingguanwanita.my

Essential Oil & Hormon

Sekarang ramai yang mengalami hormon yang tidak seimbang mungkin disebabkan makan makanan fastfood & junk food atau pun disebabkan oleh lifestyle zaman sekarang yang sentiasa busy dengan kerja.

Antara tanda hormon tidak seimbang ialah :

  1. Kitaran haid tidak teratur
  2. Naik berat badan
  3. Buncit
  4. Insomnia
  5. Tekanan perasaan

Kebiasaannya masalah horman tidak seimbang di atasi dengan pengambilan pil hormon. Tetapi  sekarang ramai yang memilih untuk cara yang lebih alami iaitu Essential Oil .


Minyak berikut telah menunjukkan kesan terapeutik sama dengan fitoestrogen, ini bermakna dapat mengimbangi hormon.


Clary Sage
Merangsang kelenjar pituitari, yang mengawal ovulasi dan fungsi hormon.
Baik untuk melegakan kekejangan & PMS.
Fennel
Membantu mengimbangi kitaran haid dan juga pembantu pencernaan.
Basil
Disyorkan untuk membantu haid yang terlewat.

Cypress
Membantu melegakan pendarahan

Geranium
Berkesan pengimbangan hormon wanita
 

Sekarang terdapat banyak jenama essential Oil di pasaran, Jadi belajar dengan lebih teliti cara penggunaan Essential Oil dan pilih lah yang betul-betul baik dan berkualiti untuk mendapatkan kesan yang optimum.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh