Corak Baru! Wet Bag

Beg yang istimewa ini terdapat lapisan PUL di bahagian dalam yang bertindak sebagai kalis air sesuai untuk menyimpan pad kain, lampin kain , make-up, toiletries, kain lap dan apa saja
Mempunyai 2 bahagian berasingan untuk menyimpan barangan yang bersih dan yang basah
 

Tips Menjaga Pad Kain Wanita

Macam mana nak pad kain bertahan lama?
Betul ke jangka hayat pad kain boleh tahan dan di pakai lebih daripada 5 tahun?

Ramai yang agak terkejut bila dapat tahu pad kain boleh di pakai basuh selama 5 tahun atau lebih kalau dengan penjagaan yang betul.
Sama juga macam baju kita, kalau kita pandai jaga mesti la boleh bertahan lama kan.

Antara tips penjagaan pad kain adalah semasa mencuci dan menjemur.

1. Jangan gunakan pelembut kain atau softener kerana ia akan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan mungkin juga boleh menjadi salah satu sebab anda akan dapat rashers.

2. Jangan guna peluntur kerana akan menghakis fabrik dan jangka hayat pad kain akan menjadi pendek

3. Bilas & cuci Pad Kain dengan menggunakan air paip biasa dan elakkan menggunakan air panas. Air panas akan menyebabkan darah susah untuk di cuci.

4. Kurangkan sabun masa membasuh. Ramai yang gunakan sabun yang berlebihan daripada sepatutnya. Menggunakan lebih sabun tak bermakna ia semakin bersih. Sabun berlebihan akan melekat di fabrik dan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan memendekkan jangka hayat pad kain.

5. Jemur di bawah matahari adalah baik berbanding dengan menggunakan dryer.
Matahari juga berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi yang dapat menghilangkan “stain” pada pad kain.

Antara cara menjemur pad kain :

Selitkan pad kain pada “hanger” bulat


Gunakan “hanger” yang ada penyepit di hujungnya
atau gunakan  cara tradisonal dengan sepit dan  tali ampaian

Butangkan pad kain di ampaian dengan bahagian atas menghadap matahari.
Ini kerana matahari berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi
dan dapat membantu menghilangkan “stain”.

 

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

JATUH CINTA DENGAN PAD AJAIB NIPIS, TAK GATAL, TAK BOCOR & MUDAH CUCI

“Akak suka sebab nipis tapi kering… ajaib sangat rasa.
buat akak jatuh cinta dengan Cloth Pad
Kalau full pun still ok x mudah bocor.
So far SweetnCozy memang superb workmanship dia.. puas hati to the max”
 
– Pn Suriyami, Cheras
 
.
.
Betul ke Pad Kain Wanita ni Pad Ajaib?
 
Selalu bila kita cakap pasal kain mesti kita terbayangkan kain kapas yang selalu buat baju.
Nipis, boleh ke menyerap? Tak rasa basah ke? Tak bocor ke? Mesti susah nak basuh?
 
Tapi untuk pad kain kita gunakan beberapa jenis kain yang istimewa supaya senang di basuh, dapat menyerap banyak dan cepat supaya kita kekal kering dan terdapat lapisan anti bocor.
 
 
Fabrik Minky
– Lapisan atas (bersentuhan kulit)
– Fabriknya senang di basuh dan kekal kering
 
Fabrik Bamboo & Zorb
– Lapisan serapan
– Fabrik Zorb dapat menyerap dengan cepat dan menyerap lebih 20X serapan berbanding kain kapas
– Fabrik Bamboo juga mampu menyerap banyak dan merupakan fabrik antibakteria
 
Fabrik PUL
– Lapisan anti bocor, yang “breathable”
 
.

 

NOTA PENTING
Ramai pelanggan kami berpuas hati dan tak ada lagi masalah keput!han, ruam, gatal dan melecet dan tak sabar2 nak tunggu “PIYED”.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh