Wanita
Tips Memilih Baju Mengikut Bentuk Badan
Photo : http://f.hatena.ne.jp/
- pilih baju warna yang gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana mampu membuatkan anda nampak langsing.
-
untuk baju yang bercorak pilih corak-corak yang kecil.
-
jangan pakai warna yang terlalu terang dan corak yang besar kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih gempal
- pilih warna baju yang lebih cerah
- corak bunga yang sedikit besar dan garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi.
- pilih baju warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat
- corak melintang dan bunga baju yang besar
- corak melintang dan besar membuatkan anda nampak lebih berisi
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
Apa nak buat dengan duit Raya?
Pad Kain Selesa Sangat Plus Senang Nak Cuci
Saya dah cuba pad kain tu.
Selesa sangat. Sebelum ni pakai pad biasa mesti tak selesa & gatal-gatal walaupun selalu tukar pad.Bila pakai pad kain ni takde dah masalah tu. Plus senang nak cuci.
Nnati saya tambah lagi ya.– Ms Fiza, Shah Alam
Pengguna Pad kain SweetnCozy
Kan dah cakap, pad kain ni selain selesa, senang sangat nak cuci. jadi tak betulah orang kata Pad Kain ni untuk orang yang “Rajin” jer dan bukan untuk suri rumah jer.
Untuk yang bekerja pun boleh guna.

Cara menyimpan Pad Kain semasa bekerja atau di luar
1. Bilas sikit atau lembapkan sikit Pad Kain yang dah di pakai supaya darahtak menjadi kering dah susah hendak di basuh.
2. Lipatkan bahagian bawah dan atas pad ke bahagian tengah
3. Lipat bahagian wing ke bahagian tengah dan butangkan.
4. Simpan didalam “Wet Bag” / bag kalis air / bag plastik dan basuh seperti biasa di rumah.
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh
Hukum sah sembahyang bagi wanita yang keputihan
Kita selalu dengar tentang keputihan. Keputihan ini terbahagi kepada 2 jenis. Keputihan yang normal (Fisiologis) dan Keputihan tidak normal (Patologis)
Keputihan yang normal biasanya terjadi semasa waktu subur setiap bulan. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Keputihan befungsi untuk melembapkan vagina, membersih dan mengelakan daripada jangkitan kuman.
Manakala keputihan yang tidak normal pula disebabkan oleh jangkitan kuman, infeksi, virus, dan bakteria.
Tanda- tanda keputihan yang tidak normal ialah :
- berbau yang tak sedap
- berubah warna seperti warna kehijauan, kelabu
- berbeza dari segi rupa seperti berketul-ketul
- Vagina rasa gatal, panas dan kemerahan
- ada pendarahan atau spotting yang bukan darah haid
Dari sudut Islam pula terdapat beberapa jenis cecair yang di hasilkan wanita .
Qassah al-baidha’
Sebahagian ulama mengatakan ianya cecair putih yang keluar pada hari-hari akhir haid.
Kudrah
Sejenis cecair berwarna keruh atau mungkin kalau boleh dikatakan ianya berwarna koko. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Sufrah
Cecair yang berwarna kuning. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Kelembapan faraj (Rutubah al-faraj)
Jika diletak kain, akan kelihatan sedikit cecair yang melembapkan kawasan faraj. Kejadiannya ada hikmah yang tersendiri pada pandangan sains seperti mengekalkan sifat ekosistem faraj yang neutral. Ia tidak berbau.
Wadi
Lendir putih yang keluar setelah kencing atau keletihan yang amat sangat akibat bekerja dan sebagainya.
Mazi
Lendir seperti air yang sangat jernih seperti air biasa tetapi ia likat sedikit yang keluar dari faraj wanita apabila teransang syahwatnya
Mani
Lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina.
Adakah keputihan itu najis di dalam Islam?
Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya najis.
Ia berdasarkan pendapat para ulama: “Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”.
Hukum keputihan itu menjadi najis apabila ia keluar daripada faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis.
Keputihan/lembapan keluar secara berlebihan dan berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau atau berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43).
Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu mengambil wuduk semula.
Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang sentiasa keluar, jadi hukumnya juga berbeza dengan wanita yang keputihan normal.
Hukumnya sama sahaja dengan orang yang tidak lawas kencing dan juga mudah terkeluar angin. Jika keadaannya begini, sebaik sahaja azan, wanita yang keputihan mestilah membersihkan farajnya, berwuduk, pakai pelapik atau seperti tisu, kain atau panty liner kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah). Jika keputihan terkeluar sewaktu solat, tak mengapa kerana ia di anggap luar daripada kawalan.
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh
Sumber info : http://ziziazlinda.blogspot.my
Gambar : http://www.mingguanwanita.my
Essential Oil & Hormon
Kebiasaannya masalah horman tidak seimbang di atasi dengan pengambilan pil hormon. Tetapi sekarang ramai yang memilih untuk cara yang lebih alami iaitu Essential Oil .
Minyak berikut telah menunjukkan kesan terapeutik sama dengan fitoestrogen, ini bermakna dapat mengimbangi hormon.
Pantyliner Kain Lebih Selesa & Menjimatkan
“OK sangat-sangat. SELESA dan amat MENJIMATKAN
Terima Kasih Banyak”
Pn Siti, Selangor
Pengguna Pantyliner SweetnCozy
Penggunaan Pantyliner pada masa sekarang adalah antara perkara yang biasa.
Bukan kerana ada apa-apa masalah tetapi dengan memakai pantyliner menjadikan wanita terutamanya yang bekerja lebih selesa dan yang penting yakin untuk melakukan ibadah sembahyang.
Selain daripada selesa Pantyliner Kain juga lebih menjimatkan.
Anggaran perbelanjaan untuk pantyliner sahaja :
Pantyliner Pakai Buang : RM 9.90 40pcs
RM 9.90 x 12 bulan : RM 118.80 setahun
RM 118.80 x 5 tahun : RM 594.00
RM 118.80 x 10 tahun : RM 1188.00
Jika pengguna Pantyliner tegar ada yang menggunakan 2 keping pantyliner setiap hari. Jadi anda gandakan la sendiri.
Anda boleh dapatkan Set Pantyliner dari harga RM 110.00 dan boleh di guna pakai sehingga lebih 5 TAHUN! Wah jimat kan. Dah jimat dekat RM500.
Dan yang lagi istimewa Pantyliner SweetnCozy saiznya lebih besar daripada pantyliner pakai buang yang ada di pasaran. Ia juga sesuai digunakan semasa Light Flow atau di akhir-akhir period.
Hmmm Pantyliner Kain ni untuk orang yang rajin jer….
Betul ke untuk orang yang rajin jer.? Takde Lah.
Pantyliner untuk kegunaan harian ni tak susah pun nak basuh.
Masuk jer dalam mesin basuh dan basuh macam biasa. Sama macam basuh underwear.
Tapi yang penting jangan gunakan Softener dan Peluntur.
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh
Kenali jenis-jenis hormon wanita
Hormon Estrogen
Hormon estrogen ialah horman wanita yang paling utama. Ia berfungsi membentuk organ kewanitaan seperti payudara, sistem reproduksi dan vagina. Ia juga dapat meredakan stress
Hormon estrogen ini selalunya meningkat pada masa haid. Ia membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh dan meningkatkan mood . Biasanya wajah jadi lebih bersih, mood menjadi positif, dan meningkatnya semangat serta lebih bertenaga.
Hormon Progesteron
Hormon ini biasanya meningkat beberapa hari selepas haid berakhir dan memuncak pada 1 minggu sebelum haid. Progesterone membentuk sel endometrium pada dinding rahim sehingga dinding rahim menebal untuk persediaan masa subur & mengandung.
Hormon ini menstabilan tubuh secara menyeluruh, iaitu pembuluh darah, metabolisme, pembakaran lemak serta gula, dan termasuk otak dan jantung.
Hormon Testosteron
Hormon testosterone adalah hormon lelaki tetapi terdapat juga dalam wanita dalam kuantiti yang sikit. Walaubagaimanapun hormon ini berperanan besar dalam sistem repdoduksi wanita. Hormon ini di hasilkan sebelum haid sehingga 1-2 hari semasa datang haid. Ia sebagai tanda tiada persenyawaan berlaku.
Hormon ini berperan paling besar untuk meningkatkan libido wanita yang biasanya muncul pada hari-hari menjelang haid, juga membantu proses pelepasan dinding rahim pada awal haid. Hormon ini kerap dianggap lawan dari estrogen, biasanya hormon ini mendorong pembentukan otot dan penghasilan adrenalin dan membuatkan seseorang lebih kompetitif.
Peningkatan hormon ini kerap disertai penurunan estrogen dan progesteron yang menyebabkan mood swing, nafsu makan meningkat, sakit kepala, dan jerawat.
Sumber:
https://www.deherba.com
Gambar:
https://essentialnutrition.com.br
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh
No-Bake Lactation Bites
Ramai yang sudah tau Oatmeal dan madu dapat membantu menjadi booster menabahkan susu.
Bagi anda yang nak menambahkan susu dan nak cuba resepi yang sangat senang, jom kita cuba resepi ni
Bahan – Bahan
1 cawan Oatmeal kering
1/3 cawan Madu
1/2 cawan Peanut butter
1/2 cawan Flax Seed
1/2 cawan Chocolate chips
1 sudu makan Chia Seed
2/3 cawan Coconut flakes, toasted

1. Gaulkan semua bahan-bahan dan sejukan di dalam peti sejuk selama 10-20 minit
2. Bentukkan menjadi bebola kecil
3. Sedia untuk di makan. Senang aja kan
Selain daripada itu anda juga boleh ubah suai resepi mengikut selera anda seperti menambah buah kurma atau kekacang yang lain . Bukan saja khusus untuk ibu2 yang menyusukan tapi resepi ini juga untuk menambah tenaga dan sesuai untuk yang sedang berdiet
Sumber resepi & gambar
https://www.gimmesomeoven.com/no-bake-energy-bites










