Pantyliner Kain Lebih Selesa & Menjimatkan

“OK sangat-sangat. SELESA dan amat MENJIMATKAN
Terima Kasih Banyak”

Pn Siti, Selangor
Pengguna Pantyliner SweetnCozy

 
Penggunaan Pantyliner pada masa sekarang adalah antara perkara yang biasa.
Bukan kerana ada apa-apa masalah tetapi dengan memakai pantyliner menjadikan wanita terutamanya  yang bekerja lebih selesa dan yang penting yakin untuk melakukan ibadah sembahyang.

Selain daripada selesa Pantyliner Kain juga lebih menjimatkan.

Anggaran perbelanjaan untuk pantyliner sahaja :
Pantyliner Pakai Buang  : RM 9.90 40pcs
RM 9.90 x 12 bulan : RM 118.80 setahun
RM 118.80 x 5 tahun : RM 594.00
RM 118.80 x 10 tahun : RM 1188.00

Jika  pengguna Pantyliner tegar  ada yang menggunakan 2 keping pantyliner setiap hari. Jadi anda gandakan la sendiri.

Anda boleh dapatkan Set Pantyliner dari harga RM 110.00  dan boleh di guna pakai sehingga lebih 5 TAHUN! Wah jimat kan. Dah jimat dekat RM500.


Dan yang lagi istimewa Pantyliner SweetnCozy saiznya lebih besar
daripada pantyliner pakai buang yang ada di pasaran. Ia juga sesuai digunakan semasa Light Flow atau di akhir-akhir period.

Hmmm Pantyliner Kain ni untuk orang yang rajin jer….
Betul ke untuk orang yang rajin jer.? Takde Lah.

Pantyliner untuk kegunaan harian ni tak susah pun nak basuh.
Masuk jer dalam mesin basuh dan basuh macam biasa. Sama macam basuh underwear.
Tapi yang penting jangan gunakan Softener dan Peluntur.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Kenali jenis-jenis hormon wanita

 

Hormon Estrogen

Hormon estrogen ialah horman wanita yang paling utama. Ia berfungsi membentuk organ kewanitaan seperti payudara, sistem reproduksi dan vagina. Ia juga dapat meredakan stress

Hormon estrogen ini selalunya meningkat pada masa haid. Ia membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh dan meningkatkan mood . Biasanya wajah jadi lebih bersih, mood menjadi positif, dan meningkatnya semangat serta lebih bertenaga.

Hormon Progesteron

Hormon ini biasanya meningkat beberapa hari selepas haid berakhir dan memuncak pada 1 minggu  sebelum haid. Progesterone membentuk sel endometrium pada dinding rahim sehingga dinding rahim menebal untuk persediaan masa subur & mengandung.

Hormon ini menstabilan tubuh secara menyeluruh, iaitu pembuluh darah,  metabolisme, pembakaran lemak serta gula, dan termasuk otak dan jantung.

Hormon Testosteron

Hormon testosterone adalah hormon lelaki tetapi terdapat juga dalam wanita dalam kuantiti yang sikit. Walaubagaimanapun hormon ini berperanan besar dalam sistem repdoduksi wanita. Hormon ini di hasilkan sebelum haid sehingga  1-2 hari semasa datang haid. Ia sebagai tanda tiada persenyawaan berlaku.

Hormon ini berperan paling besar untuk meningkatkan libido wanita yang biasanya muncul pada hari-hari menjelang haid, juga membantu proses pelepasan  dinding rahim pada awal haid. Hormon ini kerap dianggap lawan dari estrogen, biasanya hormon ini mendorong pembentukan  otot dan penghasilan adrenalin dan membuatkan seseorang lebih kompetitif.

Peningkatan hormon ini kerap disertai penurunan estrogen dan progesteron yang menyebabkan mood swing, nafsu makan meningkat, sakit kepala, dan jerawat.

Sumber:
https://www.deherba.com

Gambar:
https://essentialnutrition.com.br

 

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Period Panty V2

PERIOD PANTY – L
Waist 58cm Hip 64cm High 25cm
Bamboo Fabric

Price : RM 17.00/pc

PERIOD PANTY – XXXL
Waist 72cm Hip 78cm High 30cm
Bamboo Fabric

Price : RM 18.00/pc

Susah la nak basuh pad kain

Betul ke susah nak basuh pad kain?

Takde la. senang aja nak basuh pad kain.
Selalunya bila kita  pikir kain kalau kena darah mesti susah basuh kan. Tapi pad kain SweetnCozy tak gunakan kain cotton yang mana kalau kena darah memang susah nak basuh.

Fabrik yang kita gunakan ialah fabrik Minky yang lembut dan susah nak ada stain. Bila susah nak ada stain jadi masa mencuci lebih senang dan cepat, lagi special boleh jer campak dalam mesin basuh.

Cara membasuh Pad Kain :
1. Bilas dan gosok perlahan di bawah aliran air paip sehingga bersih.
2. Jika ada kesan degil, rendam dengan air garam atau air sabun.
3. Basuh seperti biasa dengan sabun. Boleh basuh  dengan tangan atau dengin mesin basuh

PERHATIAN

JANGAN basuh dengan air panas, kerana akan melekatkan lagi darah Pad Kain
JANGAN gunakan Pelembut (Softener) kerana akan mengurangkan daya serapan Pad Kain
JANGAN gunakan berus & peluntur (bleach) kerana akan memendekan jangka hayat Pad Kain

Ramai yang dah bertukar kepada Pad Kain Wanita

Ada 6 sebab kenapa ramai yang dah bertukar kepada Pad Kain Wanita

Sebab yang utama ialah kerana pad kain sangat selesa. Kebanyakannya mereka sebelum ini bila memakai pad pakai buang akan kena ruam, melecet dan gatal.  Ini akan sebabkan rasa tak selesa, moody, dan tak boleh fokus terutama masa di pejabat.

.
+ Pad Kain lebih lembut dan selesa macam pakai underwear saja.
+ Pad Kain lebih breathable & bantu kurangkan berbau, jangkitan kulat & keput!han
+ Pad Kain tak ada masalah bocor kerana ada lapisan anti bocor.
+ Pad Kain lebih jimat kerana boleh dipakai sampai 5 tahun
+ Pad Kain senang di basuh dan cepat kering.
+ Pad Kain lebih CANTIK sebab ada banyak pilihan warna & corak

Kami juga terima beberapa feedback dari pelanggan selepas menggunakan pad kain ialah tidak lagi ruam & melecet, kitaran haid teratur, tidak senggugut, hilang masalah keputihan.

Jom bertukar kepada Pad Kain Wanita yang lebih selesa, selamat dan jimat

Sekarang dapatkan promosi PERCUMA PERIOD PANTY V2 bernilai RM 17.00 dengan setiap pembelian Set Pad Kain

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

 

New Period Panty

Special tuk mommies yang kiut miut mcm JLO
Sekarang kita dah ada saiz ya warna pun swueeeet sangat.

Lepas ni nak tido golek2 mcm Mas Idayu pun boleh
Tak yah lapik2 kain batik dah..

Sekarang kita ada saiz untuk mommies semua, iaitu saiz L dan XXXL.

 

Anti bocor di bahagian belakang

Lapisan Anti-Bocor yang juga lebih lebar di bahagian belakang dan lebih panjang hingga ke bahagian depan

Anti bocor di bahagian belakang

 

Fabrik Bamboo yang sangat selesa dan antibakteria

PERIOD PANTY – L
Waist 58cm Hip 64cm High 25cm
Bamboo Fabric

Price : RM 17.00/pc

PERIOD PANTY – XXXL
Waist 72cm Hip 78cm High 30cm
Bamboo Fabric

Price : RM 18.00/pc

 

Tahu tak berapa keping pad yang di gunakan oleh seoarang wanita?

Secara purata seorang wanita menggunakan lebih kurang 16,800 keping pad seumur hidupnya.
Pad pakai buang yang biasa di pasaran mengandungi material plastik yang mengambil masa hampir 50 tahun untuk di lupuskan.

1keping pad pakai buang bersamaan dengan 4 keping bag plastik. Kalau di kira  16, 800 keping pad pakai buang yang di pakai oleh seorang wanita ialah bersamaan 67, 200 keping bag plastik yang perlu di lupuskan.

Phew! Itu baru dari sorang wanita. Kat Malaysia ni ada hampir 8 juta wanita antara yang berumur 15tahun- 50 tahun* . Cuba kira berapa juta bag plastik yang akan dibuang dan menjadi sampah dan berapa lama pulak untuk di lupuskan.

*Sumber : http://www.indexmundi.com/malaysia/demographics_profile.html

Period Tak Teratur

Period yang teratur tidak semestinya pada tarikh yang sama setiap bulan. Mungkin ada berbeza tarikh kerana ada bulan yang 29 hari atau 3o hari atau 31 hari. Terawal atau terlewat dalam  5 hari adalah masih di anggap perkara biasa dan masih dalam kategori period yang teratur.

Dan mungkin juga ada yang ter”skip” period atau waktu period yang terlalu pendek atau berpanjangan tidak habis-habis. Tempoh dan kitaran period akan jadi berbeza-beza kerana ia bergantung pada hormon dalam badan dan ia sangat sensitif.

Pelbagai faktor boleh menyebab kan period berubah seperti masa berehat, aktiviti, bagaimana dan apa yang kita makan, tekanan, perubahan kesihatan,  selepas kehamilan

Sumber Gambar : http://thehealthyline.com

Tip-tip untuk kitaran period teratur

  1. Boleh amalkan makan Chia Seed kerana ia kaya dengan Omega-3 yang dapat membantu seimbangkan hormon dalam badan
  2. Kurangkan ambil makanan “White Food”. White Food ialah gula putih, tepung, kentang, roti putih, pasta, nasi putih. White Food menghasil kan insulin dan jika berlebihan akan menganggu kitaran period seseorang.
  3. Makan lebih makanan yang mengandungi protein seperti almonds, walnuts, cheese

Dan ada antara pengguna Pad Kain SweetnCozy dapat mengatasi masalah period tidak teratur, Period terlalu sikit, period tidak keluar sepenuhnya selepas bertukar kepada Pad Kain.

Kenapa Pad Kain dapat membantu masalah ni?
Ini kerana Pad Kain adalah hanya daripada fabrik dan aliran darah dapat keluar secara normal tanpa bahan-bahan kimia.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh