Tuala Wanita Kain
Susah la nak basuh pad kain
Betul ke susah nak basuh pad kain?
Takde la. senang aja nak basuh pad kain.
Selalunya bila kita pikir kain kalau kena darah mesti susah basuh kan. Tapi pad kain SweetnCozy tak gunakan kain cotton yang mana kalau kena darah memang susah nak basuh.
Fabrik yang kita gunakan ialah fabrik Minky yang lembut dan susah nak ada stain. Bila susah nak ada stain jadi masa mencuci lebih senang dan cepat, lagi special boleh jer campak dalam mesin basuh.
Cara membasuh Pad Kain :
1. Bilas dan gosok perlahan di bawah aliran air paip sehingga bersih.
2. Jika ada kesan degil, rendam dengan air garam atau air sabun.
3. Basuh seperti biasa dengan sabun. Boleh basuh dengan tangan atau dengin mesin basuh
PERHATIAN
Ramai yang dah bertukar kepada Pad Kain Wanita
Ada 6 sebab kenapa ramai yang dah bertukar kepada Pad Kain Wanita
Sebab yang utama ialah kerana pad kain sangat selesa. Kebanyakannya mereka sebelum ini bila memakai pad pakai buang akan kena ruam, melecet dan gatal. Ini akan sebabkan rasa tak selesa, moody, dan tak boleh fokus terutama masa di pejabat.
.
+ Pad Kain lebih lembut dan selesa macam pakai underwear saja.
+ Pad Kain lebih breathable & bantu kurangkan berbau, jangkitan kulat & keput!han
+ Pad Kain tak ada masalah bocor kerana ada lapisan anti bocor.
+ Pad Kain lebih jimat kerana boleh dipakai sampai 5 tahun
+ Pad Kain senang di basuh dan cepat kering.
+ Pad Kain lebih CANTIK sebab ada banyak pilihan warna & corak
Kami juga terima beberapa feedback dari pelanggan selepas menggunakan pad kain ialah tidak lagi ruam & melecet, kitaran haid teratur, tidak senggugut, hilang masalah keputihan.
Jom bertukar kepada Pad Kain Wanita yang lebih selesa, selamat dan jimat
Sekarang dapatkan promosi PERCUMA PERIOD PANTY V2 bernilai RM 17.00 dengan setiap pembelian Set Pad Kain
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh
PERCUMA Period Panty!
Beli set Pad Kain* dan dapatkan PERCUMA Period Panty v2 bernilai RM 17.00
Click
Ada 6 pilihan set Pad Kain ikut kesesuaian flow anda.
– Complete set
– Medium Set
– Lightdays Set
– Heavy Set
– Maternity Set A
– Maternity Set B
Promosi sah daripada 21 April sehingga 5 May 2017
New Period Panty
Special tuk mommies yang kiut miut mcm JLO
Sekarang kita dah ada saiz ya warna pun swueeeet sangat.
Lepas ni nak tido golek2 mcm Mas Idayu pun boleh
Tak yah lapik2 kain batik dah..
Sekarang kita ada saiz untuk mommies semua, iaitu saiz L dan XXXL.
Anti bocor di bahagian belakang
Lapisan Anti-Bocor yang juga lebih lebar di bahagian belakang dan lebih panjang hingga ke bahagian depan
Anti bocor di bahagian belakang
Fabrik Bamboo yang sangat selesa dan antibakteria
PERIOD PANTY – L
Waist 58cm Hip 64cm High 25cm
Bamboo Fabric
Price : RM 17.00/pc
PERIOD PANTY – XXXL
Waist 72cm Hip 78cm High 30cm
Bamboo Fabric
Price : RM 18.00/pc
Tahu tak berapa keping pad yang di gunakan oleh seoarang wanita?
Secara purata seorang wanita menggunakan lebih kurang 16,800 keping pad seumur hidupnya.
Pad pakai buang yang biasa di pasaran mengandungi material plastik yang mengambil masa hampir 50 tahun untuk di lupuskan.
1keping pad pakai buang bersamaan dengan 4 keping bag plastik. Kalau di kira 16, 800 keping pad pakai buang yang di pakai oleh seorang wanita ialah bersamaan 67, 200 keping bag plastik yang perlu di lupuskan.
Phew! Itu baru dari sorang wanita. Kat Malaysia ni ada hampir 8 juta wanita antara yang berumur 15tahun- 50 tahun* . Cuba kira berapa juta bag plastik yang akan dibuang dan menjadi sampah dan berapa lama pulak untuk di lupuskan.
*Sumber : http://www.indexmundi.com/malaysia/demographics_profile.html
Period Tak Teratur
Period yang teratur tidak semestinya pada tarikh yang sama setiap bulan. Mungkin ada berbeza tarikh kerana ada bulan yang 29 hari atau 3o hari atau 31 hari. Terawal atau terlewat dalam 5 hari adalah masih di anggap perkara biasa dan masih dalam kategori period yang teratur.
Dan mungkin juga ada yang ter”skip” period atau waktu period yang terlalu pendek atau berpanjangan tidak habis-habis. Tempoh dan kitaran period akan jadi berbeza-beza kerana ia bergantung pada hormon dalam badan dan ia sangat sensitif.
Pelbagai faktor boleh menyebab kan period berubah seperti masa berehat, aktiviti, bagaimana dan apa yang kita makan, tekanan, perubahan kesihatan, selepas kehamilan
Sumber Gambar : http://thehealthyline.com
Tip-tip untuk kitaran period teratur
- Boleh amalkan makan Chia Seed kerana ia kaya dengan Omega-3 yang dapat membantu seimbangkan hormon dalam badan
- Kurangkan ambil makanan “White Food”. White Food ialah gula putih, tepung, kentang, roti putih, pasta, nasi putih. White Food menghasil kan insulin dan jika berlebihan akan menganggu kitaran period seseorang.
- Makan lebih makanan yang mengandungi protein seperti almonds, walnuts, cheese
Dan ada antara pengguna Pad Kain SweetnCozy dapat mengatasi masalah period tidak teratur, Period terlalu sikit, period tidak keluar sepenuhnya selepas bertukar kepada Pad Kain.
Kenapa Pad Kain dapat membantu masalah ni?
Ini kerana Pad Kain adalah hanya daripada fabrik dan aliran darah dapat keluar secara normal tanpa bahan-bahan kimia.
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh
Pad Kain 5 Bintang!
“Pad Kain SweetnCozy memang best, ada cuba brand lain pun tak sama
Yang lain tebal tak sesuai pakai masa kerja
Pad Kain SweetnCozy ni 5 BINTANG!”
Pn Madhalyna, Sabah
Wah bukan hotel je dapat 5 bintang tau, pad kain pun ada 5 bintang.





