Blog

New Period Panty

Special tuk mommies yang kiut miut mcm JLO
Sekarang kita dah ada saiz ya warna pun swueeeet sangat.

Lepas ni nak tido golek2 mcm Mas Idayu pun boleh
Tak yah lapik2 kain batik dah..

Sekarang kita ada saiz untuk mommies semua, iaitu saiz L dan XXXL.

 

Anti bocor di bahagian belakang

Lapisan Anti-Bocor yang juga lebih lebar di bahagian belakang dan lebih panjang hingga ke bahagian depan

Anti bocor di bahagian belakang

 

Fabrik Bamboo yang sangat selesa dan antibakteria

PERIOD PANTY – L
Waist 58cm Hip 64cm High 25cm
Bamboo Fabric

Price : RM 17.00/pc

PERIOD PANTY – XXXL
Waist 72cm Hip 78cm High 30cm
Bamboo Fabric

Price : RM 18.00/pc

 

Cara memilih bib baby yang sesuai

Kenapa bayi perlukan bib?

Waktu makan adalah masa bayi paling seronok. Bukan kerana makanan yang sedap tapi “Play time” untuk mereka. Dan dengan menggunakan bib dapat mengelakkan baju menjadi kotor dan melekat dengan makanan yang susah nak di basuh.

Ada beberapa jenis bib mengikut keperluan baby.


1. Bib semasa makan
Bib semasa makan selalunya agak besar dan ada pocket di bahagian bawah bib . Pilih  bib daripada plastik kerana ia mudah di cuci


2.  Bib untuk air liur meleleh (Drool Bib)
Saiz bib yang agak kecil berbanding bib semasa makan. Ini supaya baby anda bebas bergerak. Pilih bib yang boleh menyerap dan ada lapisan kalis air supaya baju baby tidak basah.

Pastikan bib baby

  1. Tidak terlalu ketat di bahagian leher.
  2. Velcro tidak menganggu bahagian leher dan bayi rasa tidak selesa.
  3. Material bib tidak terlalu kasar hingga menggesel kulit bayi yang lembut.

Bandana Bib SweetnCozy sangat comel dengan pelbagai pilihan corak yang menarik.
Terdapat lapisan kain flannel di bahagian dalam untuk menyerap dan lapisan kalis air di bahagian belakang. Ada 2 butang yang boleh di laraskan mengikut kesesuaian saiz baby.

 

Tahu tak berapa keping pad yang di gunakan oleh seoarang wanita?

Secara purata seorang wanita menggunakan lebih kurang 16,800 keping pad seumur hidupnya.
Pad pakai buang yang biasa di pasaran mengandungi material plastik yang mengambil masa hampir 50 tahun untuk di lupuskan.

1keping pad pakai buang bersamaan dengan 4 keping bag plastik. Kalau di kira  16, 800 keping pad pakai buang yang di pakai oleh seorang wanita ialah bersamaan 67, 200 keping bag plastik yang perlu di lupuskan.

Phew! Itu baru dari sorang wanita. Kat Malaysia ni ada hampir 8 juta wanita antara yang berumur 15tahun- 50 tahun* . Cuba kira berapa juta bag plastik yang akan dibuang dan menjadi sampah dan berapa lama pulak untuk di lupuskan.

*Sumber : http://www.indexmundi.com/malaysia/demographics_profile.html

Period Tak Teratur

Period yang teratur tidak semestinya pada tarikh yang sama setiap bulan. Mungkin ada berbeza tarikh kerana ada bulan yang 29 hari atau 3o hari atau 31 hari. Terawal atau terlewat dalam  5 hari adalah masih di anggap perkara biasa dan masih dalam kategori period yang teratur.

Dan mungkin juga ada yang ter”skip” period atau waktu period yang terlalu pendek atau berpanjangan tidak habis-habis. Tempoh dan kitaran period akan jadi berbeza-beza kerana ia bergantung pada hormon dalam badan dan ia sangat sensitif.

Pelbagai faktor boleh menyebab kan period berubah seperti masa berehat, aktiviti, bagaimana dan apa yang kita makan, tekanan, perubahan kesihatan,  selepas kehamilan

Sumber Gambar : http://thehealthyline.com

Tip-tip untuk kitaran period teratur

  1. Boleh amalkan makan Chia Seed kerana ia kaya dengan Omega-3 yang dapat membantu seimbangkan hormon dalam badan
  2. Kurangkan ambil makanan “White Food”. White Food ialah gula putih, tepung, kentang, roti putih, pasta, nasi putih. White Food menghasil kan insulin dan jika berlebihan akan menganggu kitaran period seseorang.
  3. Makan lebih makanan yang mengandungi protein seperti almonds, walnuts, cheese

Dan ada antara pengguna Pad Kain SweetnCozy dapat mengatasi masalah period tidak teratur, Period terlalu sikit, period tidak keluar sepenuhnya selepas bertukar kepada Pad Kain.

Kenapa Pad Kain dapat membantu masalah ni?
Ini kerana Pad Kain adalah hanya daripada fabrik dan aliran darah dapat keluar secara normal tanpa bahan-bahan kimia.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

 

Corak Baru! Wet Bag

Beg yang istimewa ini terdapat lapisan PUL di bahagian dalam yang bertindak sebagai kalis air sesuai untuk menyimpan pad kain, lampin kain , make-up, toiletries, kain lap dan apa saja
Mempunyai 2 bahagian berasingan untuk menyimpan barangan yang bersih dan yang basah
 

Pad Kain dah pakai 3 tahun masih elok lagi

“Saya dah guna pad kain tu 3 tahun dah still elok lagi”
– Ustazah Aisyah, Selangor

Salah satu sebab kenapa ramai bertukar kepada pad kain ialah kerana ia boleh di pakai basuh berulang-ulang kali. Kebiasaanya jangka hayat pad kain boleh bertahan sehingga 5 tahun. Tapi kalau di jaga dengan betul ada yang boleh bertahan lebih daripada 5 tahun sehingga 10 tahun.

Jangka hayat pad kain bergantung kepada cara basuh, sabun yang di gunakan dan berapa kerap digunakan. Lagi banyak koleksi pad kain anda, lagi kurang “rotation” dan lagi panjang jangka hayat nya.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh